Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin Di Surau KSJ

Tahlil dan bacaan yasin telah di kendalikan oleh saudara Fahmi daripada Jabatan Kerohanian Blok B. Bacaan yasin ini telah di adakan pada 22hb Februari 2012 selepas Maghrib. Semua berjalan dengan lancar.

Pesta Hari Terbuka Kediaman Siswa Jaya (TEMMASYA 2010)

Pada 6 hingga 8 Ogos 2010 Kediaman Siswa Jaya (KSJ) telah  mengadakan pesta hari terbuka iaitu TEMMASYA’10 yang telah dijayakan oleh Jawatankuasa Mahasiswa (JKM-KSJ). TEMMASYA ’10 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Zulhasnan Rafique Ahli Parlimen Setiawangsa. Pelbagai aktiviti telah berlangsung seperti kuda tunggang,amazon shortcut,pameran motor berkuasa tinggi,wayang pacak dan pelbagai aktiviti lagi.

TEMMASYA’10 juga telah menjalankan program Legasi Kemerdekaan dengan kerjasama Jabatan Penerangan bersempena dengan bulan kemerdekaaan . Aktiviti yang diadakan ialah pameran kemerdekaan,pertandingan nyanyian lagu patriotik dan layar bestari .

Objektif utama TEMMASYA’10 telah tercapai dengan jayanya selama berlangsungnya pesta hari terbuka ini iaitu untuk mengetengahkan bakat kepimpinan mahasiswa dan juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat yang bersesuaian dengan tema TEMMASYA’10 iaitu “ Terjalin Erat Mahasiswa dan Masyarakat ” .

Pelbagai persembahan juga telah disajikan pada TEMMASYA’10 daripada mahasiswa –mahasiswa seperti nasyid, fitbeat, montaj,silat dan taekwondo.Majlis perasmian penutupan pula telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof.Dr. Hamdani  bin Saidi, Pengarah Kampus UTM International Campus.

Hari Terbuka Kediaman Siswa Jaya 2010

Kediaman Siswa Jaya Universiti Teknologi Malaysia International Campus (UTM IC) akan mengadakan Pesta Hari Terbuka Kolej pada 6 hingga 8 Ogos 2010. Program tahunan anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa Kediaman Siswa Jaya (JKMKSJ) ini sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dalam kalangan siswa UTM IC malahan penduduk sekitar Desa Rejang serta Badan NGO.

Pada tahun ini penganjur telah memilih “Terjalin Erat Mahasiswa & Masyarakat” atau singkatannya sebagai “TEMMASYA ’10″ sebagai tagline . Penganjuran program sebegini diharapkan dapat mengeratkan hubungan mahasiswa dengan masyarakat setempat dan menerapkan nilai kesedaran  kepentingan  pemahaman konsep 1Malaysia.